Saturday, October 10, 2009

Rusuhan Bagan Pinang

10/10/2009,Sabtu
Jalan sesak teramat sangat mulai Teluk Kemang ke Markas BN (roundabout) sekitar 11.00 malam sehingga 3.00 pagi, penyokong-penyokong PAS melakukan huru hara dengan melakukan provokasi menahan kereta-kereta dan memaki hamun setiap kereta yang mempunyai lambang BN.

Provokasi melampau dilakukan Puak Anak Setan (PAS) dengan menggangu lalulintas, menahan kereta-kereta dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap kenderaan yang dibawa Pengokong-penyokong BN.

Penulis turut dimaki sambil melaungkan takbir, "UMNO Yahudi", "Fisabillah" dan ketika kami ditahan ketika melalui kawasan tersebut, anehnya, penyokong-penyokong PAS yang lalu di kawasan BN tidak pula ditahan, di maki pun tidak. Oleh sebab tidak dapat menahan marah kereta kami ditahan, sempat juga anak-anak muda dari PAS ini menerima Babi dan anjing dari penulis, mujur rakan-rakan didalam kereta menahan.

Anak-anak muda PAS bersenjatakan kayu dan batu mula mencabar kesabaran dengan membaling objek-objek tersebut ke arah kenderaan BN yang lalu lalang sambil menahan kenderaan-kenderaan tersebut.

kami dapat melepaskan diri dari kesesakan tersebut, dan berhenti di sebelah Markas BN (roundabout). Penyokong (Puak Anak Setan) PAS mula membanjiri kawasan tersebut dan menyerang Pemuda UMNO dengan kayu dan besi, Penyokong-penyokong BN yang sedikit jauh dari tempat berkenaan bergegas untuk menyelamatkan rakan-rakan di depan PD Marina. Dipercayai, beberapa orang pemuda UMNO cedera.

Kereta-kereta jip polis, Unit Simpanan Persekutuan (FRU) turut tiba untuk mengawal kemaraan kedua-dua belah parti di depan PD Marina. Kesesakan membuatkan mereka sedikit terlewat namun berjaya menyuraikan mereka yang terlibat.

Puak Anak Setan (PAS) tersebut masih belum berpuashati dan masih berkempen (memakihamun) walaupun masa kempen tamat pada pukul 12.30 malam.

Penulis tidak hairan kerana mereka ini sememangnya lembu, tak faham bahasa.

Thursday, October 8, 2009

paku dulang paku serpih

paku dulang, paku serpih,
cakap orang dia yang lebih.

orang melayu sering diperingatkan, jangan bercerita buruk hal orang kelak 'tahi yang dilempar terpalit kena muka sendiri'.

trend politik di Malaysia lebih menjurus kepada menjatuhkan dan menjahanamkan karier idividu dari manifesto pembangunan dan kebajikan rakyat.

sedari dulu higga sekarang, tiada kepercayaan lznsung politik itu bersih.

di mana sahaja di dunia ini pasti akan berlaku rasuah, bezanya samada indeks terbanyak dan yang terkecil.

ketika dahulu, Tun Dr Mahathir sering dikaitkan dengan kronisme, puak-puak pembangkang menggunakan isu ini sehigga taksub namun lupa dengan Nik Aziz yang terang-terangan berkepentingan dengan anaknya sendiri terlibat dalam jawatan penting berkaitan pentadbiran kelantan. Nik Aziz juga boleh dikatakan gila kuasa dengan memegang pentadbiran Kelantan begitu lama walaupun terdapat ramai lagi yang berkebolehan di Kelantan untuk menerajui Kelantan.

Anwar Ibrahim sewaktu berkuasa turut mengamalkan Kronisme melampau dengan pemberian kontrak kepada saudara mara yang rapat dengannya. Dengan izin Allah, ramai rakan-rakan yang selama ini bersama dengan perjuangan Anwar sudah mula mendapat kesedaran untuk meniggalkannya seperti Zahid Hamidi, N kalanaruppan, Chandra Muzaffar, Ezam Mohd Noor dan ramai lagi.

Untuk memuaskan semua pihak bukanlah senang bagi kerajaan BN walau pelbagai usaha untuk memperbaiki segala kelemahan. Terbaru, indeks kecekapan dan konsep satu Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri diperkenalkan sedangkan logika fikiran, yang dibangkang itu adalah sesuatu yag bagus.

Puak berserban PAS yang mempersoalkan ketelusan undi pos sudah kebuntuan ide apabila SPRM menjemput wakil kedua belah parti bertanding untuk memantau proses undi pos dijalankan di kem tentera.

Segala usaha untuk memburukkan kerajaan BN ditampan satu-satu sehinggakan modal Pakatan Rakyat akan direcycle.

pepatah Melayu di atas tentunya dilupakan apabila fatwa haram kerjasama dengan bukan Islam yang dianjurkan PAS terkena muka sendiri apabila mereka terpaksa kerja bersama bukan Islam dalam Pakatan Rakyat kerana politik plastik mereka.

setelah menang berturut-turut di pilihanraya kecil yang lepas, Pakatan Rakyat masih mempersoalkan ketelusan SPRM.Sistem demokrasi dipersoalkan PR walaupun mereka berkempen setiap masa dalam ceramah yang diadakan setiap minggu. tiada sekatan dilakukan terhadap blog walaupun tuduhan tanpa bukti dan tidak berasa dilemparkan dengan kata singkatnya-fitnah.

hakikat bahawa manusia tidak akan pernah puas sememangnya benar. lihatlah di Iran, pemimpin yang telus, islamik dan lantang bersuara seperti Ahmad Dnijad ditolak oleh rakyat iran sendiri.

Diharap rakyat Malaysia dapat sedar permainan politik kotor yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab demi kepentingan sendiri tanpa memikirkan akibat kepada rakyat jelata.

Demi untuk jadi pemerintah dan kroni, perjuangan suci diketepikan demi mencapai matlamat haram dan sudah tentunya caranya juga haram.

Siapa kita untuk mengaku diri kita sempurna dan menyisihkan orang lain yang berlainan perjuangan seperti ustadz badrulamin yang menyeru supaya memutuskan hubungan dengan keluarga yang ada kaitan dengan UMNO. umum mengetahui beliau terhutang budi dengan Anwar yang memberi jawatan penting kepadanya di USM ketika dahulu.

fikir-fikirkanlah, paku dulang, paku serpih, cakap orang dia yang lebih.

Saturday, October 3, 2009

Indonesia diganyang lagi

Apa cerita???Nak ganyang Malaysia, Indonesia pulak yang kena ganyang...

hari pertama tengok berita bencana alam di Padang, Sumatera, hati tersentuh...
rasa kasihan melihat mangsa-mangsa gempa di Indonesia.

Rasa bangga pabila seorang pelajar Malaysia membantu menyelamatkan anak tuan rumah yang disewanya di Indonesia walaupun pelajar perempuan tersebut turut tercedera.

Rasa syukur ramai yang membantu, termasuk gerakan-gerakan di Malaysia yang menyalurkan bantuan.

Namun begitu, hati rasa sakit apabila pelajar-pelajar Malaysia dilayan bagaikan anak tiri, tidak diberi makan, malah di'pau' oleh penguatkuasa-penguatkuasa Indonesia berkaitan dengan urusan passport, bantuan makanan malah pelajar-pelajar ini ada yang dua hari tidak diberi makan.

Kita hulur tangan untuk bantuan, tahi yang dibalas.

Indonesia oh Indonesia, mau diganyang lagi ya???