Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Thursday, February 26, 2009

Penerbitan kristianiti dibenarkan menggunakan perkataan Allah

Penerbitan kristiani dibenarkan menggunakan perkataan Allah, hanya sekiranya mereka meletakkan 'for christianity' di kulit penerbitan mereka.

According to the Government Gazette, under the section Internal Security (Prohibition On Use of Specific Words on Document and Publication) Order 2009, the Home Ministry has ordered that “any document and publication relating to Christianity containing the words ‘Allah’, ‘Kaabah’, ‘Baitullah’, and ‘Solat’ are prohibited”.

petikan dari artikel oleh Zedeck Siew, The Nut Graph

Jika sekiranya kita googlekan jari jemari ini, perkataan ALLAH akan menunjukkan lebih kepada Islam.

Perlu diketahui disini, nama 'ALLAH' itu sendiri digunakan dalam agama yang lebih kepada memuja kepada yang satu (MONOTHEISM) iaitu Islam, Jews dan Christianity.

Allah berasal dari Bahasa Arab iaitu 'ellah' yang bermaksud SATU tuhan, atau sesuatu yang dipuja.

Mengikut translasi bahasa,

Dalam tafsiran English perkataan Allah dikatakan 'he'?
'-Tuhan tiada jantina, bukan lelaki mahupun perempuan.
Perkataan 'he' itu hanya digunakan sebagai menunjukkan kekuasaan, penghormatan utama &bukan untuk menunjukkan jantina.

apa terdapat ayat-ayat mengatakan 'kami' atau 'we' dalam ayat2 al quran dan bible?
'- Allah always singular never plural.
Perkataan 'kami' atau 'we' itu hanya bagi menunjukkan "Royal We" hanya perkataan English bagi royalty. Kami itu menunjukkan bukan "we" yang bermaksud Plural, tetapi lebih kelainan antara I& you,mengapa 'i am' dan 'you are'? sedangkan 'you' itu adalah single bukan plural.

Allah itu sendiri bermaksud hanya dia yang patut disembah.

Jadi perkataan Allah itu sendiri dah menunjukkan di manakah Islam.

Islam harus menjadi agama setiap orang.

Kita tiada konsep 'triniti'.

Kita hanya ada konsep, tuhan itu satu, hanya dia yang dilayak disembah, dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Islam hanya menyembah yang satu.

Kita tidak menyembah patung, kita tidak menyembah bulan, kita tidak menyembah matahari.

ALLAHUAKBAR
ALLAHUAKBAR
ALLAHUAKBAR

Monday, February 9, 2009

Al fatihah

Salam takziah kepada keluarga Allahyarham Ustaz Hj. Roslan bin Shahrum, ahli Parlimen Bukit Gantang, P.59 dari PAS.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Al-fatihah

p/s-diharap warga Malaysia lupakan dulu sengketa dan perbanyakkan tahlil untuk arwah.

Monday, November 24, 2008

Bila majlis fatwa bersuara

What the fish...

Siapa mereka yang nak mempertikaikan keputusan majlis fatwa?siapa?

Aku cukup terkejut bila dalam blog MP Lim Kit Siang membincangkan mengenai keputusan Majlis Fatwa mengharamkan Yoga.

Perlu diingat disini, apa yang diharamkan itu adalah bentuk2 meditasi mirip kepada pengabadian dan penyatuan dengan tuhan.

Yang tak diharamkan adalah gerak-gerakan kesihatan yang tak bercanggah dalam menyekutukan tuhan.

Sungguh pelik, bila masyarakat dalam agama lain sudah mula komen mengenai pengharaman tersebut dan Pemimpin2 Islam tidak kira Kerajaan mahupun pembangkang tidak menyatakan pendirian menyokong majlis fatwa.

Kepala bapak dia berjambul di depan.

Mengapa begitu berani NGO2 mempertikaikan keputusan majlis fatwa?contohnya dalam kes Pengkid yang ternyata sudah haram.

Mereka sudah mula berani mempertikaikan dan membicarakan hal2 Islam yang mereka sendiri tidak tahu mengenai hukum hakam Islam.

Yang paling aku terkejut bila ada komen yang mengatakan macamana Melayu nak maju kalau haramkan itu dan ini. Kepala hotak dia.

Melayu is Melayu, Chinese is Chinese, Indian is indian.

Islam itu adalah agama bukan untuk kaum.

Malaysia terlalu ingin menjadi open sehinggakan tak mahu lantang dalam bersuara mengenai kedaulatan hukum hakam Islam.

Jangan sampai nanti kredibiliti Majlis Fatwa dipersoalkan oleh orang ramai. Jangan sampai kita ditanya di akhirat nanti.

Mangkuk berayun.

Monday, October 20, 2008

Bila kita cari Melayu...

Bila sahaja kita search Melayu tak kira lah dalam Youtube ke, ataupun search engine seperti google dan yahoo...apa rasanya yang akan terpapar di kaca skrin anda???

1) Video clip aksi lucah gadis Melayu bertudung terbaru
2)Video clip aksi lucah pelajar sekolah dan ipt Melayu terbaru
3)Ahli politik Melayu keluar fatwa cakap rasuah itu sedekah,walaupun rasuah seks
4)Aksi rempit Melayu berani mati punya

Yang syoknya Melayu ni dah jadi selebriti, selebriti lucah, selebriti ganas vandalisme, dan selebriti rasuah termasuklah kes sontot menyontot Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari Azlan.

Apa nak jadi dengan Melayu?

Nak kata tak ada research untuk membangunkan bangsa Melayu?

dah berlambak, malah Tun Dr. Mahathir Mohamad pun pernah keluar buku tentang Melayu iaitu "The Malay Dilemma"

Orang Melayu di Malaysia adalah bangsa yang syok sendiri dengan ketuanan Melayunya hingga lupa kebangkitan bangsa-bangsa lain membangunkan ekonomi dan ilmu pengetahuan mereka.

Orang Melayu ini pula sibuk berpolitik tak kira lah di mana, pergi kerja di pejabat-politik, minum kedai kopi Pak Abu di Kampung Abah Den-politik, makan roti canai di Kedai Mamaknda pun politik, apetah balik ke rumah bukak TV tak abis-abis politik.

Ini contoh kisah keluarga Melayu

Bapaknya, Pak Bedol pergi politik, mesyuarat Cawangan dan Bahagian lah.

Maknya, Mak Munah pergi mengumpat dengan jiran sebelah mengumpat anak jiran yang sorang lagi yang anaknya baru dirogol semalam.

Anak lelakinya, Boboy pergi merempit bawak bohsia, bawak motor laju2, hit a car accidentally, accidentally???

Anak perempuanya, Gigirl bawak bohjan balik rumah, ada shooting video clip gadis Melayu,last2 pregnat accidentally, pregnant accidentally???

Semua ni accidentally ke???

Orang Melayu harus berubah, penuhkan majlis2 ilmu, penuhkan Universiti, penuhkan Surau dan Masjid, penuhkan semua itu.

Harap 10 tahun lagi bila search perkataan "MELAYU", akan dapat kila lihat paparan Teknologi sains hasil terokaan saintis anak Melayu, Pelajar terbaik Universiti dari anak Melayu, semoga orang Melayu bukan lagi "kaki subsidi"