Showing posts with label Mahathir. Show all posts
Showing posts with label Mahathir. Show all posts

Monday, November 24, 2008

Bila majlis fatwa bersuara

What the fish...

Siapa mereka yang nak mempertikaikan keputusan majlis fatwa?siapa?

Aku cukup terkejut bila dalam blog MP Lim Kit Siang membincangkan mengenai keputusan Majlis Fatwa mengharamkan Yoga.

Perlu diingat disini, apa yang diharamkan itu adalah bentuk2 meditasi mirip kepada pengabadian dan penyatuan dengan tuhan.

Yang tak diharamkan adalah gerak-gerakan kesihatan yang tak bercanggah dalam menyekutukan tuhan.

Sungguh pelik, bila masyarakat dalam agama lain sudah mula komen mengenai pengharaman tersebut dan Pemimpin2 Islam tidak kira Kerajaan mahupun pembangkang tidak menyatakan pendirian menyokong majlis fatwa.

Kepala bapak dia berjambul di depan.

Mengapa begitu berani NGO2 mempertikaikan keputusan majlis fatwa?contohnya dalam kes Pengkid yang ternyata sudah haram.

Mereka sudah mula berani mempertikaikan dan membicarakan hal2 Islam yang mereka sendiri tidak tahu mengenai hukum hakam Islam.

Yang paling aku terkejut bila ada komen yang mengatakan macamana Melayu nak maju kalau haramkan itu dan ini. Kepala hotak dia.

Melayu is Melayu, Chinese is Chinese, Indian is indian.

Islam itu adalah agama bukan untuk kaum.

Malaysia terlalu ingin menjadi open sehinggakan tak mahu lantang dalam bersuara mengenai kedaulatan hukum hakam Islam.

Jangan sampai nanti kredibiliti Majlis Fatwa dipersoalkan oleh orang ramai. Jangan sampai kita ditanya di akhirat nanti.

Mangkuk berayun.

Friday, October 24, 2008

Harimau tunjuk taring, Harimau lain gigit kuku...

The real Malaysian posts tabik dengan YB Zulkifli Noordin, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu P.18.

Ketegasan YB Zulkifli Noordin menyebabkan Dewan Parlimen yang hiruk pikuk sebelum ini menjadi medan percakaran Ahli-ahli Parlimen menjadi senyap ekoran YB Zulkifli Noordin membicarakan soal Islam di Parlimen.

Meskipun, bosnya Anwar Ibrahim yang menjadi Pengasas Angkatan Belia Islam (ABIM) menjadi lebih dan tolerate liberal dengan penasihat terbesar dari DAP dan PAS pun kecut organ produksinya bila mahu membicarakan kedaulatan Islam di Malaysia.

YB Zulkifli Noordin dari PKR berani menghadapi risiko tersebut kerana tanggungjawab besar kepada Allah untuk memberikan yang terbaik untuk Islam.

Nak tanya sikit, berapa orangkah yang berani di Parlimen untuk menegakkan Daulah Islamiah di Parlimen?

Nak kata Ahli Parlimen PAS?Cakap sahaja pum pang, haprak apun tarak apatah lagi habuk.

PAS sebelum ini yang menjadi arus perjuangan aku sebelum ni, membuatkan aku menjadi mual dan muak apabila PAS mengorak langkah untuk menjadi lebih populis hingga sanggup menjilat ludah sendiri mengenai fatwa yang dikeluarkan dulu mengenai hukum bekerjasama dengan bukan Islam.

Apakah bezanya UMNO dengan PAS?

tiada bezanya sekarang dan fatwanya mengenai hubungan kerjasama UMNO, MIC, MCA dan Gerakan digunapakai PAS untuk kerjasama dengan PKR dan DAP.

Apa kejadahnya fatwa yang dikeluarkan dulu?dah tak relevan kah?

The Real Malaysian Posts berharap agar Ustad2 instant dalam PAS fikir sedalam2nya dan jadikan YB Zulkifli Noordin sebagai idola bukannya Anwar Ibrahim yang kaki klentong cakap tak serupa bikin.

YB Zulkifli Noordin sudah bikin dahulu baru dia cakap, dan apa yang dia bikin serupa sama yang dia cakap.

Bila Harimau tunjuk taring, Harimau lain gigit kuku.

Monday, October 20, 2008

Bila kita cari Melayu...

Bila sahaja kita search Melayu tak kira lah dalam Youtube ke, ataupun search engine seperti google dan yahoo...apa rasanya yang akan terpapar di kaca skrin anda???

1) Video clip aksi lucah gadis Melayu bertudung terbaru
2)Video clip aksi lucah pelajar sekolah dan ipt Melayu terbaru
3)Ahli politik Melayu keluar fatwa cakap rasuah itu sedekah,walaupun rasuah seks
4)Aksi rempit Melayu berani mati punya

Yang syoknya Melayu ni dah jadi selebriti, selebriti lucah, selebriti ganas vandalisme, dan selebriti rasuah termasuklah kes sontot menyontot Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari Azlan.

Apa nak jadi dengan Melayu?

Nak kata tak ada research untuk membangunkan bangsa Melayu?

dah berlambak, malah Tun Dr. Mahathir Mohamad pun pernah keluar buku tentang Melayu iaitu "The Malay Dilemma"

Orang Melayu di Malaysia adalah bangsa yang syok sendiri dengan ketuanan Melayunya hingga lupa kebangkitan bangsa-bangsa lain membangunkan ekonomi dan ilmu pengetahuan mereka.

Orang Melayu ini pula sibuk berpolitik tak kira lah di mana, pergi kerja di pejabat-politik, minum kedai kopi Pak Abu di Kampung Abah Den-politik, makan roti canai di Kedai Mamaknda pun politik, apetah balik ke rumah bukak TV tak abis-abis politik.

Ini contoh kisah keluarga Melayu

Bapaknya, Pak Bedol pergi politik, mesyuarat Cawangan dan Bahagian lah.

Maknya, Mak Munah pergi mengumpat dengan jiran sebelah mengumpat anak jiran yang sorang lagi yang anaknya baru dirogol semalam.

Anak lelakinya, Boboy pergi merempit bawak bohsia, bawak motor laju2, hit a car accidentally, accidentally???

Anak perempuanya, Gigirl bawak bohjan balik rumah, ada shooting video clip gadis Melayu,last2 pregnat accidentally, pregnant accidentally???

Semua ni accidentally ke???

Orang Melayu harus berubah, penuhkan majlis2 ilmu, penuhkan Universiti, penuhkan Surau dan Masjid, penuhkan semua itu.

Harap 10 tahun lagi bila search perkataan "MELAYU", akan dapat kila lihat paparan Teknologi sains hasil terokaan saintis anak Melayu, Pelajar terbaik Universiti dari anak Melayu, semoga orang Melayu bukan lagi "kaki subsidi"