Saturday, October 18, 2008

Bila Anwar Masuk Parlimen

Gempakss...

Bila Anwar masuk parlimen, perghh gempak.

Inilah yang dikatakan bila pendengar setia penglipur lara masuk kampung dengan cerita-cerita dongeng bagi menyedapkan telinga "Pembela Rakyat" kononnya.

Anwar Ibrahim bekas Menteri Kewangan Malaysia 10 tahun dulu sudah tentunya cukup berpengetahuan dalam "mengencing" rakyat tentang kehebatannya mengenai teori-teori ekonomi.

Bak kata orang," berani bila di luar, kecut di dalam gelanggang"

Anwar Ibrahim adalah penyebab utama Malaysia hampir-hampir dirundung kegelapan apabila beliau disabitkan dengan tuduhan ingin meminjam dengan Bank Dunia IMF ketika krisis ekonomi suatu ketika dahulu.

Masakan kita ingin melupakan siapa yang mencadangkan teori mengikat ringgit?

Anwar Ibrahim kah?

Anwar Ibrahim yang ketika itu menjadi Presiden IMF sudah tentunya mahu Malaysia meminjam dengan IMF kerana rakan-rakan Yahudinya di dalam IMF yang mahu begitu.

Di dalam Parlimen, Anwar membentangkan ketidak relevannya Bajet 2009 yang direncanakan oleh Perdana Menteri Malaysia.

Anwar Ibrahim dengan gahnya berbahas dengan teori ekonomi pinjaman ala Yahudinya.

Anwar Ibrahim tidak sedar yang teori ekonomi yang direncanakan beliau ketika beliau berkuasa dalam kerajaan dulu adalah turut tidak relevan malah bercanggah dengan teori ekonomis ketika itu malah teorinya ternyata terus menemui kegagalan dalam pasaran kewangan.

Kini, anwar kembali menjadi hero "Pembela Rakyat" tetapi dia lupa siapakah yang dibelanya?

Rakyat semuanya tidak tahu teori ekonomi kah?Rakyat Permatang Pauh mungkin boleh ditipu, Pakatan Rakyat taksub juga boleh ditipu.

Namun, Anwar Ibrahim memang pendebat dan pembahas terbaik.

Juga beliau merupakan pengencing terbaik bila Anwar masuk Parlimen.

No comments: