Monday, October 20, 2008

Bila kita cari Melayu...

Bila sahaja kita search Melayu tak kira lah dalam Youtube ke, ataupun search engine seperti google dan yahoo...apa rasanya yang akan terpapar di kaca skrin anda???

1) Video clip aksi lucah gadis Melayu bertudung terbaru
2)Video clip aksi lucah pelajar sekolah dan ipt Melayu terbaru
3)Ahli politik Melayu keluar fatwa cakap rasuah itu sedekah,walaupun rasuah seks
4)Aksi rempit Melayu berani mati punya

Yang syoknya Melayu ni dah jadi selebriti, selebriti lucah, selebriti ganas vandalisme, dan selebriti rasuah termasuklah kes sontot menyontot Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari Azlan.

Apa nak jadi dengan Melayu?

Nak kata tak ada research untuk membangunkan bangsa Melayu?

dah berlambak, malah Tun Dr. Mahathir Mohamad pun pernah keluar buku tentang Melayu iaitu "The Malay Dilemma"

Orang Melayu di Malaysia adalah bangsa yang syok sendiri dengan ketuanan Melayunya hingga lupa kebangkitan bangsa-bangsa lain membangunkan ekonomi dan ilmu pengetahuan mereka.

Orang Melayu ini pula sibuk berpolitik tak kira lah di mana, pergi kerja di pejabat-politik, minum kedai kopi Pak Abu di Kampung Abah Den-politik, makan roti canai di Kedai Mamaknda pun politik, apetah balik ke rumah bukak TV tak abis-abis politik.

Ini contoh kisah keluarga Melayu

Bapaknya, Pak Bedol pergi politik, mesyuarat Cawangan dan Bahagian lah.

Maknya, Mak Munah pergi mengumpat dengan jiran sebelah mengumpat anak jiran yang sorang lagi yang anaknya baru dirogol semalam.

Anak lelakinya, Boboy pergi merempit bawak bohsia, bawak motor laju2, hit a car accidentally, accidentally???

Anak perempuanya, Gigirl bawak bohjan balik rumah, ada shooting video clip gadis Melayu,last2 pregnat accidentally, pregnant accidentally???

Semua ni accidentally ke???

Orang Melayu harus berubah, penuhkan majlis2 ilmu, penuhkan Universiti, penuhkan Surau dan Masjid, penuhkan semua itu.

Harap 10 tahun lagi bila search perkataan "MELAYU", akan dapat kila lihat paparan Teknologi sains hasil terokaan saintis anak Melayu, Pelajar terbaik Universiti dari anak Melayu, semoga orang Melayu bukan lagi "kaki subsidi"

No comments: