Friday, October 24, 2008

Harimau tunjuk taring, Harimau lain gigit kuku...

The real Malaysian posts tabik dengan YB Zulkifli Noordin, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu P.18.

Ketegasan YB Zulkifli Noordin menyebabkan Dewan Parlimen yang hiruk pikuk sebelum ini menjadi medan percakaran Ahli-ahli Parlimen menjadi senyap ekoran YB Zulkifli Noordin membicarakan soal Islam di Parlimen.

Meskipun, bosnya Anwar Ibrahim yang menjadi Pengasas Angkatan Belia Islam (ABIM) menjadi lebih dan tolerate liberal dengan penasihat terbesar dari DAP dan PAS pun kecut organ produksinya bila mahu membicarakan kedaulatan Islam di Malaysia.

YB Zulkifli Noordin dari PKR berani menghadapi risiko tersebut kerana tanggungjawab besar kepada Allah untuk memberikan yang terbaik untuk Islam.

Nak tanya sikit, berapa orangkah yang berani di Parlimen untuk menegakkan Daulah Islamiah di Parlimen?

Nak kata Ahli Parlimen PAS?Cakap sahaja pum pang, haprak apun tarak apatah lagi habuk.

PAS sebelum ini yang menjadi arus perjuangan aku sebelum ni, membuatkan aku menjadi mual dan muak apabila PAS mengorak langkah untuk menjadi lebih populis hingga sanggup menjilat ludah sendiri mengenai fatwa yang dikeluarkan dulu mengenai hukum bekerjasama dengan bukan Islam.

Apakah bezanya UMNO dengan PAS?

tiada bezanya sekarang dan fatwanya mengenai hubungan kerjasama UMNO, MIC, MCA dan Gerakan digunapakai PAS untuk kerjasama dengan PKR dan DAP.

Apa kejadahnya fatwa yang dikeluarkan dulu?dah tak relevan kah?

The Real Malaysian Posts berharap agar Ustad2 instant dalam PAS fikir sedalam2nya dan jadikan YB Zulkifli Noordin sebagai idola bukannya Anwar Ibrahim yang kaki klentong cakap tak serupa bikin.

YB Zulkifli Noordin sudah bikin dahulu baru dia cakap, dan apa yang dia bikin serupa sama yang dia cakap.

Bila Harimau tunjuk taring, Harimau lain gigit kuku.

1 comment:

Anonymous said...

di mana pula para pemimpin hadhari?
sibuk memikirkan pasal pencalonan UMNO?