Thursday, February 19, 2009

Hmmpphh..............

Tetiba je,

Tetiba je aku terfikir,


Yang UMNO macam ni punya perangai,

tak sedar-sedar diri lagi...


Yang PKR pula macam tu,

tak faham-faham lagi,


Yang DAP pula begini,

ntah apa-apa.


Yang PAS pula begitu,

Fatwa mengarut tak habis-habis.


Aku cadangkan satu parti yang betul-betul BERSIH. Satu parti untuk semua, bukan parti untuk Si gila kuasa.Tumbangkan semua parti-parti mengarut yang memusnahkan perpaduan rakyat.

Satu parti untuk semua.Bukan satu parti yang kononnya membela demokrasi tapi berselindung untuk kroni.Bukan satu parti yang kononnya untuk keadilan rakyat tapi berselindung untuk diri sendiri.


Kita kembali untuk mengembalikan stabiliti untuk semua. Kita kembali bersatu untuk memulihkan ekonomi untuk semua. Satu parti untuk bangsa Malaysia. Satu parti untuk Malaysia.

Satu parti untuk semua agama. Satu parti yang betul-betul mendukung Perlembagaan Malaysia.
Satu parti yang betul-betul membela semua.

Arghhhh...

Parti apa?

Sosialis? Kapitalis?Liberalis?Komunis jauh sekali...

Ya satu parti,

Bukan pluralis, tapi reformis...

Ya satu parti,

Bukan ekstrimis, tapi idealis...

3 comments:

Sedingin Salju said...

Wah, hebat penulisan ni encik.

Anonymous said...

Kenape perlu bnyk berfikir? Islam sudah gariskn panduan yg sgt jelas. Ikut sistem pentadbiran islam 100%. Di madinah dlu menjadi contoh golongn islam,yahudi dan puak kafir boleeh hidup dlm satu negara. Tidak perlu idealis semua tu, kerana setiap apa ciptaan manusia tu pasti ada kelemahan. Berbaliklah kpd islam.

Donna said...

BN gak parti yang sememangnye bagus dan bersih.. tak tipu wei..
Percayalah, kebenaran akan menang juga satu hari nanti.Amin

http://www.youtube.com/watch?v=OvcwxNAL7qo