Thursday, February 5, 2009

Nik Aziz Raja pembelit???

Katanya, apa yang dilakukan Anwar adalah selaras dengan kehendak demokrasi, mengikut peruntukan undang-undang dan sejajar dengan tuntutan masa dan keadaan.

“Kalau Anwar tidak buat macam itu, nak buat macam mana lagi, sementara menunggu pilihan raya, buat macam ini dulu.

“Dalam pilihan raya, jika berlaku penipuan dan rasuah, tidak akan ada perubahan kuasa itu,” katanya kepada pemberita selepas sambutan ulang tahun ke-18 Akaun Amanah Kebajikan Darulnaim, di sini hari ini.

Beliau ditanya berhubung dengan kegagalan Anwar menubuhkan kerajaan baru pada hari ini sebagaimana yang diuar-uarkan.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, tarikh perubahan kuasa itu tidak penting kerana lebih penting adalah merealisasikan hasrat pembangkang bila sampai masanya.

Beliau yakin, biar apa yang diharapkan oleh Anwar belum menjadi kenyataan hari ini, namun ia bukan satu angan-angan Mat Jenin seperti yang dikatakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi dilaporkan membuat kenyataan itu sebagai mengulas kemungkinan berlaku peralihan kuasa pada hari ini seperti yang digembar-gemburkan sekian lama.

“Dalam berpolitik tidak ada istilah sedemikian. Orang politik tidak ada Mat Jenin dan dia akan buat jadi kenyataan,” ujar Nik Abdul Aziz.-Utusan Malaysia

BILA KENA BATANG HIDUNG SENDIRI, INI PULAK YANG KELUAR;


ADUN PAKATAN RAKYAT YANG LOMPAT PENGKHIANAT:NIK AZIZ Al Nyanyuki

Kota Bharu - Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyifatkan perbuatan berpaling tadah di kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat sehingga tumbangnya kerajaan negeri adalah pengkhianatan kepada penyokong mereka yang bersusah payah berkempen ketika pilihan raya umum lalu.

Justeru, beliau masih berharap pilihan raya negeri diadakan di Perak, bagi membolehkan Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional kembali kepada rakyat mendapatkan mandat baru untuk membentuk kerajaan.

"Saya rasa cukup dukacita apabila timbul cerita wakil rakyat hilang selama dua tiga hari dan kemudian nak melompat. Saya tak faham macam mana keadaan ini boleh berlaku di Malaysia. Manusia macam ni patut dilemparkan dengan kasut.

"Selepas dapat undi dalam pilihan raya, tiba-tiba mereka jual (berpaling tadah). Perbuatan ini pastinya ada perancang yang memujuk mereka sebagai cara mudah mencari majoriti (membentuk kerajaan).

"Kalau begini, lebih baik tak payah diadakan pilihan raya, sebaliknya cukup diagihkan duit saja," katanya kepada pemberita di rumahnya di Pulau Melaka, di sini, petang tadi.

BHrian Online memetik beliau menyifatkan, hanya pemimpin yang rasuah saja sanggup berpaling tadah sehingga menyebabkan masalah pergolakan politik di negara ini tiada kesudahan.

P/S; Adakah Nik Aziz dah nyanyuk?Adakah Nik Aziz dicontrol oleh Anwar Al Juburi atau Lim Kit Siang dan KArpal Singh Al-penderhaka?


1 comment:

Anonymous said...

http://tukartiub.blogspot.com/2009/02/jangan-salah-nilai.html