Bukan niat nak mengutuk, perli mahupun menghina YB Elizabeth Wong.
Sekadar mengingat dan beringat supaya setiap orang mengingat.
Bercakap supaya tidak TERcakap,
Kemajuan teknologi sebanyak sedikit menghakis norma-norma moral dan tatasusila kemanusiaan rakyat kita pada masa kini.
Percaya, mempercayai, sehingga terlampau setia terkorban.
Kerana ke'genius'an manusia yang bernama lelaki, seringkali wanita menjadi mangsa kerakusan para pengarah terjunan untuk menerbitkan karya porno mereka.
Manusia yang bernama wanita ini terlalu amat mencintai sang teruna sehingga sanggup melupakan norma-norma moral.
Bukan menembak tepat, tetapi beringat supaya senantiasa teringat.
Wanita oh wanita.
Belajarlah untuk senantiasa beringat.
Belajarlah untuk senantiasa berfikir.
Belajarlah untuk senantiasa waspada.
Belajarlah untuk senantiasa berani.
Jangan kerana madu yang diberi sang lebah, sengatnya dilupa2.
Nasihat untuk pasangan-pasangan yang hangat dilamun cinta,
JANGAN SEKALI2 MEMBENARKAN GAMBAR ANDA DIRAKAM TANPA SEHELAI BENANG.
JANGAN SEKALI2 MEMBENARKAN DIRI ANDA TIDUR DENGAN LELAKI YANG HARAM DIGAULI.
JANGAN SEKALI2 MEMBIARKAN DIRI ANDA TERJEBAK DENGAN PERANGKAP PENGARAH TERJUNAN KARYA PORNO AMATUR.
Tuesday, February 17, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment