Wednesday, February 18, 2009

Menteri besar Perak dan Adun2 BN yang sah digantung 18 bulan

Barisan Nasional terpukul dengan perintah penggantungan Menteri Besar Perak Datuk Zambry Abdul Kadir selama 18 bulan dan 6 Exconya selama 12 bulan oleh Speaker Dewan Negeri V Sivakumar.

Dengan menggantung 7 ADUN tersebut ini menjadikan Pakatan Rakyat sekarang 28 orang ADUN dan BN tinggal 24 ADUN.

Ha,ha,ha

Seorang lagi picisan hina bernama V Sivakumar menggunakan tindakan anti-demokratiknya, menggunakan kuasanya sendiri untuk menggulingkan kembali kerajaan yang dirampas BN.

Berbeza dengan kes Sultan Azlan Shah, BN memerolehi majoriti untuk tubuh kerajaan lalu dipanggil Sultan dan Sultan berjumpa kedua-dua belah pihak, lalu titahnya tidak payah bubar DUN.

Tindakan ala 'desperado' V. Sivakumar ini dibuat selaras dengan peruntukan undang2 kekebalan Speaker yang sebenarnya walaupun ada undi tidak percaya yang diusulkan keatasnya sudah tentu juga akan ditolak oleh Speaker sendiri. Maka, Jawapannya Speaker tidak boleh ditumbangkan.

V.Sivakumar a.k.a Takde telur ini bukan sahaja melampaui kuasa Sultan Azlan Shah, malah mendahului kuasa mahkamah yang akan membicarakan Sultan dan Barisan Nasional yang menjadikan ianya SUBJUDIS.

Ini bermakna V.Sivakumar telah SALAH GUNA KUASA dan menggunakan Undang-undang kekebalannya bagi kepentingan sendiri.

Jika dibenarkan BN memerintah sudah tentulah V.Sivakumar akan diminta untuk melepaskan jawatan speakernya, ADUN2 Pakatan Rakyat yang mulai memberi projek-projek kepada kroni2 dan anak-beranaknya akan mula takut tembelangnya akan pecah.

Dengan menggunakan Kuasa Speaker, Kerajaan Perak digulingkan sekali lagi.

Ini menjadikan Negeri Perak dihambat kemelut politik yang tidak sudah, Dua ekor gajah bertarung, kancil tersepit di tengah-tengah. Kancil itu adalah rakyat.

Apakah akan jadi dengan Pembangunan dan Kebajikan di Negeri Perak jika sebegini berlaku.

Sudah tiba masanya satu tindakan drastik dilakukan terutamanya kita Bloggers sekalian.

1. Pendedahan besar-besaran setiap ahli politik tidak kiralah Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat. Kita bogelkan mereka habis-habisan sehinggalah yang tinggal hanya Wakil Rakyat yang betul2 bersih.

2. Kita pastikan setiap parti politik tidak kiralah Narisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat benar-benar berkhidmat untuk rakyat dan bukannya merogol harta rakyat.

3. Kita pastikan perpaduan dan kebajikan rakyat terbela tidak kiralah apa bangsanya dan agamanya. Ini hendaklah dijadikan 'priority first' dan bukannya pertandingan merebut kerusi ataupun jawatan.

4. Kita mengutuk sekeras-kerasnya tindakan berdemontrasi di jalanan yang akan menyusahkan rakyat dan menjahanamkan negara.

5. Kita pastikan tiada siapa yang berani mempersoalkan undang-undang Islam dan kedaulatan Raja-Raja Melayu.

6. Kita pegang Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

7.Agama, Bangsa, Tanah Air.

Ini tanggungjawab kita, telanjangkan wakil-wakil rakyat yang bermasaalah ini, dedahkan segala kes rasuah dan salah laku dan kita angkat wakil-wakil rakyat yang boleh memajukan negara dan menjaga kebajikan rakyat.

ABN-Angkatan Bloggers Negara

BPN-Bloggers Pembela Negara

3 comments:

irsh said...

Negeri Perak sekarang dah ada Sultan baru? Sultan Pakatan Rakyat yang bernama Sivakumar?

Tai said...

Ya murai, inilah peranan yang perlu kita mainkan sekarang untuk negara.

Anonymous said...

Ni nama dia "tak dapat nak tampar bapak, anak pun jadilah"... Bodo punya sivakumar "The HINDRAF Prostitute". Ini mesti belajar dari Anwar "The GAY". Bila citer, sume ada bukti tapi abuk pun tadak.... cakap pun sama itu budak plat "K" si siva tu....