Salam bloggers,
2,3 hari ni aku asyik fikir pasal kedai runcit je..
So, oleh kerana aku memang dalam line business & accounting, information untuk setup company, management dan akaun semua tu dah dalam MEDULA OBLONGATA aku.
Bila hari-hari aku access dokumen orang-orang nih, aku terfikir, apa kata kalau aku bukak business aku sendiri.
Untuk pengetahuan korang, aku dah pegang saham syarikat yang aku kerja sekarang lebih kurang 15%. Walau ada saham dalam syarikat ni, aku masih lagi belum puas dengan apa yang aku nak lakukan.
Kerja yang aku buat sekarang ni memang membantu aku menyelami setiap jenis selok belok perniagaan. Dari construction hinggalah ke kedai runcit.
So apa yang aku fikir sekarang ni adalah untuk setup sebuah kedai runcit ala 7 eleven dan mempunyai features2 yang tak terfikir dek akal.
Membuka kedai runcit bukanlah satu yang boleh main-main.
Apapun perniagaan yang kita buat, kesungguhan adalah penting dan be different.
So 2 hari lepas, aku try la cari download untuk proposal dan setup information untuk kedai runcit.Unfortunately, banyak Rancangan Perniagaan ini adalah for sale. Tapi takper, nothing is free maaa.
So, aku gunakanlah pengalaman dan pengetahuan aku dalam bidang business ni. Aku try recognize balik setiap client2 aku yang dulunya small fish tetapi berkembang menjadi Big fish.
Sekarang ni aku dah list down semua 4ps marketing plan, market penetration strategies, Funding strategies dan aspek2 yang lain.
Opsss, Lupa nak bagitau, kedai runcit margin dia tak besar sebab anda seolah makan komisen walaupun teknik nya adalah cost plus markup, so strategi adalah penting.
Anda harus tahu kitarannya.
Pengilang/pengeluar---->Pemborong/pembekal---->Peruncit---->Pengguna
Kadangkala dalam kitaran ini anda harus tahu yang banyak pihak yang terlibat dan kosnya bertambah apabila anda silap memilih pembekal.
Jadi anda tidak boleh terlalu lama berada di tempat peruncit dan cuba untuk masuk pasaran sebagai pembekal dan diversify business kita.
Walaubagaimanapun, kita harus ada aim dalam beberapa part.
1)Within 1 year
2)Within 3 years
3)Within 5 years
4)Sesuka hati hang.
Untuk bersaing dan jadi ikan jerung dalam market.
(POLC)
Simple business ideology untuk korang.
1)Planning dan Objective setting
2)Organising
3)Leading
4)Controlling
Marketing plan 4Ps
1)Place
2)Product
3)Price
4)Promotion
Starting up cost dan continuos cost.
Ambil satu kertas dan listkan setiap benda2 tersebut mengikut apa bisnes yang korang nak buat.
P/S;- Nak bagi full proposal & business plan x dapat la : )
so guys, just wait for the news update.
Thursday, February 26, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
salam..
awk pon same macam sye jgk taw..
dah smgu nie saye dok pk je soal mcm ne nak bukak sebuah kedai runcit nie..?
tapi masalahnye..
saye xada modal nak mulakan perniagaan..
awk bleh tlg saye x cre mcm mne saye bleh bukak perniagaan nie?
Post a Comment