Sunday, February 1, 2009

MIC,Hindraf,PKR,DAP alias hero hindustani

Membaca akhbar di pagi ini, melihat kebodohan demi kebodohan di pertunjukkan oleh mereka yang suka dimomokkan dengan cerita-cerita tamil dari India.

Petikan dari akhbar Utusan Mingguan Malaysia, coretan Awang Selamat,

Kisah Kongo dan Kugan

Lebih 30 tahun lalu, ada satu kejadian menggemparkan di kawasan kediaman Awang di
Kampung Padang, yang terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Seorang remaja dikenali sebagai Kongo meninggal dunia ketika dalam tahanan. Dia adalah suspek satu kes jenayah curi.

Awang masih ingat cerita jiran-jiran bagaimana anggota keluarga Kongo mencampakkan wang sumbangan polis untuk perbelanjaan pengkebumian, disebabkan terlalu marah.

Tetapi setakat itu sahaja kemarahan penduduk, yang kemudian kembali tenang semasa membawa jenazah ke upacara pengkebumian. Mungkin ini kerana keluarga dan penduduk menyedari ia kes terpencil dan kesalahan tidak wajar diletakkan pada seluruh pegawai dan anggota polis.

Selepas apa yang menimpa Kongo, Awang yang menceburi dunia kewartawanan, dari semasa ke semasa mendengar beberapa cerita tidak rasmi penderaan terhadap tahanan yang melibatkan orang Melayu dan beragama Islam. Malah ada satu kejadian beberapa tahun lalu, tahanan dikatakan turut mati tetapi diisytiharkan puncanya kerana sakit. Sejauh mana kesahihan cerita-cerita itu, Awang tidak pasti. Tetapi kesemua kejadian itu, tidak silap Awang berlalu tanpa kegemparan dan tidak dipolitikkan.

Awang bangkitkan kisah tersebut dalam konteks kes kematian tahanan lokap polis. S. Kugan, baru-baru ini. Kematian Kugan menjadi kecoh sehingga sekumpulan orang menyerbu bilik mayat seumpama aksi filem Bollywood. Kumpulan itu kemudian turut disertai dua orang kenamaan. Lantas isu itu dibesar-besarkan termasuk di internet dan dijadikan isu perkauman.

Majlis pengkebumiannya juga mendapat perhatian besar termasuk NGO kaum tertentu. Malah jenazahnya diarak di jalan raya utama.

Dalam Awang bersimpati terhadap apa yang menimpa Kugan dan mahu tindakan diambil ke atas mereka yang bertanggungjawab, Awang tertanya-tanya beberapa soalan kepada diri sendiri.

Jika ada kejadian tahanan Melayu mati di lokap sekarang, apakah reaksi orang Melayu akan sama sebagaimana kes Kugan?

Lalu Awang teringatkan reaksi luar biasa kepada insiden tahanan ‘wanita China’ ketuk ketampi dalam keadaan berbogel di lokap polis, seperti yang didedahkan oleh seorang pemimpin DAP beberapa tahun lalu. Disebabkan tuduhan itu, kerajaan terpaksa menghantar menteri kabinet untuk meminta maaf kepada kerajaan China di Beijing. Tetapi apabila wanita itu disahkan sebagai orang Melayu, reaksi gegak gempita bertukar menjadi sepi dan nasib wanita itu tiada siapa yang peduli termasuk pihak yang membuat pendedahan.

Persoalannya, kenapa reaksi bukan Melayu begitu keterlaluan apabila melibatkan seseorang mangsa daripada kaum mereka (kononnya atas nama hak asasi dan keadilan) sehingga menyebabkan kerajaan dan pihak berkuasa menghadapi tekanan yang hebat?

Atau masyarakat Melayu yang sudah tidak lantang dan banyak beralah sehingga kerajaan serta pihak berkuasa dilihat seakan mengambil mudah perasaan orang Melayu? Dua kisah tersebut dan sebenarnya banyak lagi boleh membuka persoalan, kaum manakah yang ketara lebih rasis dan agresif?

Awang sekadar lontarkan untuk renungan.
BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

Coretan kedua,

Wira yang dilupakan....

Sejak sebelum negara merdeka pada 1957, ramai anggota polis yang terkorban semasa menjalankan tugas. Pada zaman darurat, bukan sedikit yang maut di tangan pengganas komunis dan selepas era itu, tidak kurang pula terkorban angkara penjenayah.

Sumbangan para pegawai dan anggota polis dalam memberikan perlindungan kepada semua kaum dan penganut agama demi menjaga ketenteraman awam, adalah cukup besar.

Tetapi sedihnya, hanya kerana segelintir kes salah guna kuasa termasuk penderaan tahanan dalam lokap, seolah-olah seluruh organisasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dihukum. Lebih menyayat hati ialah apabila yang diagung-agungkan sebagai hero adalah orang yang tidak berjasa apatah lagi suspek jenayah.

Lalu Awang teringat kepada banyak kes kematian anggota polis kebanyakannya kaum Melayu dan mungkin kebetulan mati di tangan penjenayah kaum lain. Apakah itu boleh dilihat sebagai unsur perkauman, yang Awang harap jawapannya tidak.

Malah ada juga pegawai dan anggota polis bukan Melayu terbunuh dan cedera parah demi menjaga ketenteraman awam. Yang paling hampir pada ingatan Awang ialah kejadian dua anggota polis iaitu Lans Koperal J. Jaya Balan dari Cawangan Narkotik Gombak dan Lans
Koperal M. Alagesan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor yang mati ditembak penjenayah semasa operasi anti dadah di Sungai Buloh, Selangor pada Oktober 2007.

Media termasuk akhbar Utusan Malaysia menyiarkan gambar keluarga kedua-dua anggota itu meratap kesedihan di hadapan keranda.

Tiada kumpulan NGO atau parti politik kaum tertentu yang memberi perhatian walaupun sesungguhnya mereka sebenarnya adalah hero kita semua.

Tiada perarakan dan tiada penghargaan istimewa khususnya daripada kalangan bukan polis.

Mereka berdua menjadi hero yang dilupakan. Ironinya, ada golongan tertentu ghairah menobatkan hero mereka sendiri hanya kerana satu perkara – sentimen kaum. Memang menyedihkan dan memalukan tetapi itulah realiti. Lalu Awang ingin bertanya lagi, apa makna menjadi anggota polis kalau harga dan nilai diri penjenayah lebih tinggi dan nasib mereka lebih diperjuangkan?

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

.....................................................................................................................................................................

The real Malaysian posts says,

Ternyatalah ketamilan ahli-ahli politik ini yang hanya sekadar mempermainkan isu2 politik ini.
Mereka ini hanya sekadar mahu mencari nama dan bukan memperjuangkan nasib bangsa kaum India..

Bila penjenayah diangkat menjadi dewa, dan jasa polis dilupakan.

Kalau betul hero2 tamil2 ini memperjuangkan nasib kaum India, tanya dahulu :-

i)mana hilangnya duit RM3 juta hasil derma kaum India kepada Hindraf???
ii)Bagaimana untuk hapuskan masalah kaum India dari segi ekonomi?
iii)Bagaimana untuk menghapuskan penglibatan majoriti kaum India dalam Jenayah?
iv)Apa yang mereka lakukan untuk perwira2 negara yang menjadi pejuang dalam Polis dan Tentera negara terutamanya yang berbangsa India, jika betul mereka pembela kaumnya.
v)Bukankah racist jika mereka hanya perjuangkan nasib bangsa sendiri???

Hindraf adalah sebetulnya terdiri dari kumpulan2 penjenayah yang rasis dan setia dengan negara India, dan mereka tak berhak untuk bersuara di Malaysia yang hanya untuk rakyat yang setia.

Jai Hind kepala bapak hang...

2 comments:

hafiz said...

salam kunjung.
siapa pulak bela penjenayah.
kugan belumpun dijatuh hukuman.
mati dalam siasatan.....
murai, apakah perasaan family anda, bila anda tiba2 mati dalam tahanan polis ketika dalam siasatan...?
apa perasaan anda, kalau anak anda mati dalam lokap belumpun mahkamah jatuhkan hukuman?
mungkin ko kata, inilah takdir, kalau polis nak bunuh anak aku pun nak buat mcm mana...takdir.
kesian kau. tak boleh nak pikir macam manusia matang.

Murai Eijal said...

Isunya dan idenya,

mengapa pula wujud berat sebelah?

kenapa sambutan hambar bila Polis dan tentera selaku pak Guard keselamatan negara terbunuh mahupun tercedera bila diserang penjenayah?

Betul Kugan itu suspek sahaja, rakan-rakannya itu siapa?

Betul polis salah.

Tapi kenapa ini sahaja yang disensasikan politikus Hindraf ini?

Kenapa jika polis dari kaum India yang gugur sebagai pejuang tidak diangkat sebagai wira sebaliknya jenazah kugan diangkat dan dijulang dipuja2 bagaikan dewa?